SYARAT DAN TERMA JAMINAN

  1. Unit Dekoder (“Dekoder”) ini adalah dijamin oleh MYTV dari sebarang kerosakan bahan buatan dan pengilangan, selama dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Kecuali untuk Unit Kawalan Jauh (“UKJ”), tempoh jaminan hanya selama tiga (3) bulan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk”)

  2. Jaminan ini tidak termasuk sebarang kerosakan atau kecacatan berikutan dari kemalangan, silap pasang semula, salah guna, atau sebarang pengubahsuaian atau pertukaran yang tidak bertauliah.

  3. Jaminan akan terbatal dan tidak sah sekiranya dalam tempoh jaminan, apa-apa bahagian dari Produk dikeluarkan, ditukar, diganggu, diselaraskan, diubahsuai, dibongkar, dibaikpulih atau dikendalikan dalam apa-apa cara oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan ditauliahkan oleh MYTV.

  4. Pembeli hendaklah menyertakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai bukti asal pembelian bilamana khidmat selepas jualan diperlukan.

  5. Tanggungjawab MYTV di bawah jaminan ini terhad kepada tukar ganti Dekoder dan UKJ yang rosak sahaja. MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat langsung, kesan sampingan, atau kerosakan tidak langsung walau apa jua sebab sekalipun berikutan dari atau berhubung dengan kegunaan, ketidakboleh gunaan, prestasi Produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, atau kerosakan kepada harta benda lain disebabkan oleh kerosakan Produk.

  6. Jaminan yang dinyatakan disini merupakan jaminan tunggal dan eksklusif berkaitan Produk, dan tiada sebarang jaminan atau pernyataan, sama ada secara lisan, bertulis, jelas, atau tersirat termasuk tanpa had kepada jaminan kualiti yang tersirat, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Setakat mana apa-apa jaminan yang tertera di sini tidak boleh dikecualikan, jaminan tersebut hendaklah terhad kepada syarat-syarat jaminan dan tempoh jaminan yang diperuntukkan di sini

POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi berkaitan daripada anda.

  2. MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan standard industri.

  3. Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan khidmat secara berterusan, anda memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau kelas pihak ketiga yang dikenalpasti oleh MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.

  4. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkenaan pemerosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemerosesan data anda dibawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300 80 6988.