PEMASANG BERDAFTAR

Pembeli atau penerima decoder MYTV boleh memuaturun aplikasi telefon pintar “Install MYTV” untuk menempah pemasang berdaftar mengikut kesesuaian masa anda. Caj pemasangan standard adalah dikenakan oleh pihak pemasang berdaftar.



PERHATIAN:
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau menghubungi salah satu pemasang berdaftar kami seperti dalam senarai di atas. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Terma & Syarat:
  1. Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
    1. Perkhidmatan pemasangan antena luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set antena sahaja.
    2. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00.
  2. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti.
  3. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.
MAKLUMAN: Bagi pihak yang berminat, pendaftaran sebagai Pemasang Berdaftar dengan MYTV Broadcasting adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8313 6988.