Pemasangan: Adakah caj akan dikenakan untuk pemasangan dekoder?
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk melakukan pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan dalam set dekoder. Walau bagaimanapun, sekiranya sebarang bantuan diperlukan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.