Tentang Kami

MYTV Broadcasting telah dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur serta rangkaian untuk siaran TV Digital di Malaysia. MYTV berfungsi sebagai platform untuk siaran TV Digital Percuma yang disediakan untuk semua rakyat Malaysia. Platform TV Digital ini turut menyediakan akses kepada lebih banyak kandungan untuk penonton, di samping mencipta peluang untuk pencipta dan pemilik kandungan, serta peluang baharu untuk para penyiar mengembangkan jangkauan dan perniagaan mereka.

Projek

MYTV dilantik sebagai Penyedia Infrastruktur Bersepadu Bersama untuk mengubah sistem penyiaran negara daripada analog kepada digital. Infrastruktur Digital Penyiaran Negara adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasi industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia ketika negara bersiap sedia bergerak ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama (SPV) 2030.

Syarikat

MYTV telah dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan rangkaian untuk perkhidmatan siaran TV Digital di Malaysia demi merubah sistem penyiaran negara daripada analog kepada digital.

Faedah untuk Rakyat (Cadangan: Manfaat)

Siaran TV Digital Percuma turut membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan terpencil di negara ini. Penonton Malaysia akan menikmati manfaat yang besar seperti audio dan visual berdefinasi tinggi yang lebih berkualiti, lebih banyak saluran siaran percuma (FTA), akses kepada panduan program elektronik (EPG), sari kata berbilang bahasa, dan kemampuan menonton siaran dalam kualiti HD. Penonton juga akan mendapat akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, video atas permintaan, langganan dan perkhidmatan internet terpilih.

Faedah untuk Industri (Cadangan: Manfaat)

Perkhidmatan siaran TV Digital menyediakan akses kepada lebih banyak kandungan dan aplikasi untuk para penonton. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan akan menikmati faedah daripada peluang baharu untuk meluaskan jangkauan dan perniagaan mereka. Dengan siaran TV Digital, MYTV menawarkan platform yang saksama untuk membangunkan sumber pendapatan baharu kepada semua penyedia perkhidmatan kandungan dan aplikasi.

MYTV membuka ruang untuk kandungan anda.

17 TV Channels + 10 Digital Radio Channels
Lebih dari 30 Saluran TV dan Stesen Radio

Kualiti kandungan HD dan SD

Televisyen Terestrial Digital (DTT)

MYTV Broadcasting merupakan penyedia infrastruktur perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital (DTT) serta kemudahan rangkaian untuk Malaysia sejak 2017.

Free To Air (FTA)
Siaran Percuma (FTA)

Infrastruktur Televisyen Digital Siaran Percuma MYTV adalah yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan liputan rangkaian menjangkau 95.3% di kawasan berpenduduk melalui DTT dan 100% melalui satelit Direct-To-Home (DTH).

Aggregator
Pengagregat

MYTV ialah pengagregat kandungan siaran percuma yang terulung di Malaysia dan menghubungkan penyedia kandungan dengan para pembiaya, pemilik saluran serta penonton menerusi televisyen.

Scalability
Kebolehskalaan (Cadangan = Kebolehukuran)

DNA infrastruktur MYTV menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan jumlah penonton dan boleh diskala untuk perkhidmatan masa hadapan.

Mandate
Mandat

Sejak 2017, semua set TV Digital yang dipasang di Malaysia telah diarahkan oleh MCMC untuk memiliki penala DVB -T2. Penala ini boleh menerima perkhidmatan DTT MYTV dan setakat 2020, terdapat sejumlah 7 juta unit di negara ini.

Viewership
Jumlah Penonton

Semua TV Digital (IDTV) dan dekoder DVB-T2 yang dijual atau diedarkan dan ditala kepada MYTV akan menghasilkan peningkatan dalam jumlah penonton.

Our Reach
Capaian Kami

Dengan DTT, semua penyiar mempunyai 95.3% liputan DTT di kawasan berpenduduk, dengan dilengkapi 100% liputan DTH di seluruh negara. Platform media TV FTA yang terbaik akan mencapai 32 juta penduduk. Menurut tinjauan yang berdasarkan tinjauan terbaru 2022, terdapat 6.4 juta penonton pada masa ini yang terhubung kepada platform MYTV.

Aplikasi Penstriman Over-the-Top (OTT)

Kini dengan aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana, penonton di Malaysia boleh menonton siaran TV percuma kegemaran mereka secara siaran langsung dan on-demand pada bila-bila masa, di mana-mana pada peranti digital yang mempunyai akses internet.

Copyright © 2024 MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X). All Rights Reserved. MYTV is A Subsidiary Of Altel Holdings.
[F]