Corporate Governance

Polisi Anti-Rasuah dan Korupsi

MYTV Broadcasting ialah anak syarikat ALTEL Holdings dan komited dalam menegakkan integriti, ketelusan serta tadbir urus yang baik di tahap tertinggi dan ia merupakan nilai teras serta komitmen kami terhadap rakan niaga dengan mewujudkan persekitaran yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan.

Justeru itu, pekerja kami tidak akan menerima atau memberi apa-apa hadiah peribadi, janji, layanan kepada pihak luar kerana ia boleh meletakkan mereka dalam kedudukan terhutang budi yang boleh menjejaskan pertimbangan dalam menjalankan perniagaan serta menghalang sebarang konflik kepentingan dalam mana-mana urusan perniagaan yang sedang berjalan atau yang berpotensi dengan MYTV Broadcasting.

Untuk butiran lanjut, klik untuk memuat turun Polisi Anti-Rasuah dan Korupsi

Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat

MYTV Broadcasting menggalakkan keterbukaan dan ketelusan dalam komitmennya untuk mencapai standard integriti dan kebertanggungjawapan tertinggi. Oleh itu, kami amat menggalakkan pelaporan (whistleblowing) tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan termasuk ketidakpatuhan sebenar atau kes yang disyaki rasuah dan penyelewengan tanpa rasa takut terhadap tindak balas

Semua pendedahan dilindungi dengan kerahsiaan dan identiti pemberi maklumat dipastikan dilindungi daripada tindak balas dalam sebarang bentuk, dengan syarat laporan itu dilakukan dengan suci hati. Sebarang pendedahan boleh dibuat melalui pautan berikut Borang Penyerahan Pemberi Maklumat klik di sini. 

 

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pematuhan 603 8313 6988 atau hantar e-mel ke compliance@altel.my

Copyright © 2024 MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X). All Rights Reserved. MYTV is A Subsidiary Of Altel Holdings.
[F]