Pengaktifan dekoder DTH
Pengaktifan akan dilakukan oleh pemasang setelah selesai pemasangan set dekoder (dengan ODU) untuk penerima di alamat berdaftar bagi pemasangan kali pertama. Sekiranya berlaku pertukaran alamat selepas pemasangan pertama, penerima perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan sebelum sebarang kerja dilakukan. Apa-apa kos berkenaan pindaan/pengubahsuaian/pengaktifan berikutnya ke tempat baharu akan ditanggung oleh penerima. MYTV tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada set luar.