Bagaimana untuk saya menentukan antena yang bersesuaian?

Antena UHF luar adalah pilihan terbaik. Walau bagaimanapun, antena UHF dalaman juga boleh digunakan selagi anda berada dalam jarak radius 25km* dari stesen pemancar dan tiada halangan fizikal seperti gunung atau bangunan antara stesen pemancar dan antena dalaman. Anda dinasihatkan untuk menguji terlebih dahulu antena dalaman atau luaran anda yang sedia ada. Sila rujuk peta liputan untuk mengenal pasti pemancar terdekat di kawasan anda.