Bagaimanakah saya boleh mendapatkan siaran TV digital?

Pertama, ketahui sama ada TV anda merupakan TV digital atau tidak. TV Digital mempunyai penala digital DVB-T2 yang terbina di dalam sistem talaan elektronik TV. TV yang dikeluarkan selepas tahun 2017 telah dilengkapi dengan penerimaan siaran digital.

Jika anda mempunyai TV Digital, anda hanya memerlukan antena UHF yang perlu disambung ke TV anda. Sebaliknya jika TV anda bukan TV Digital, anda memerlukan antena UHF dan dekoder DVB-T2 yang perlu disambung ke televisyen anda.

Anda boleh membeli dekoder DVB-T2 daripada Penjual Sah kami.