Bagaimana untuk melakukan penalaan bagi mendapatkan frekuensi yang betul?

Kami mengesyorkan anda menalaikannya secara automatik melalui DVB-T2 atau IDTV untuk menerima saluran penyiaran TV digital. Anda juga boleh menalaikannya secara manual dengan merujuk kepada senarai frekuensi di sini.