Bagaimana jika saya tinggal di rumah jenis bertanah?

Antena UHF luaran diperlukan dan dipasang di luar rumah di atas bumbung. Jika rumah anda telah dipasang dengan antena UHF semasa penerimaan siaran TV analog, anda boleh menggunakan antena tersebut dengan syarat ianya masih dalam keadaan baik dan masih berfungsi.

Jika tiada antena sedia ada, anda boleh membeli antena luaran UHF dan pasangkannya di atas bumbung rumah. Kerja-kerja pemasangan hendaklah dilakukan oleh orang yang berpengalaman dan berkelayakan untuk tujuan keselamatan.

Jika rumah anda berada di kawasan tinggi berhampiran dengan stesen pemancar dengan tingkap menghala ke stesen pemancar dengan tiada halangan fizikal, anda boleh menggunakan antena UHF dalaman dengan meletakkan antena tersebut di tepi tingkap. Sambungkan antena ke TV Digital atau dekoder DVB-T2 untuk menerima siaran digital MYTV.