Bagaimana jika saya tinggal di bangunan bertingkat?

Anda boleh menyambung terus TV Digital atau dekoder DVB-T2 ke sistem MATV (Sistem TV Antena Induk) jika bangunan anda dilengkapi dengan sistem tersebut. Jika unit kediaman anda berada di tingkat tinggi dengan tingkap menghala ke stesen pemancar serta tiada halangan fizikal antara unit kediaman dan stesen pemancar, anda boleh menggunakan antena UHF dalaman dengan meletakkan antena tersebut di tepi tingkap. Sila hubungi pejabat pengurusan kediaman anda untuk mengesahkan kesesuaian sistem MATV sedia ada.