Apakah maksud Terus Ke Rumah MYTV (DTH)?

Perkhidmatan Terus Ke Rumah MYTV (DTH) ialah kaedah penerimaan siaran TV Digital MYTV melalui isyarat yang diterima daripada satelit penyiaran. Untuk kawasan yang tidak mendapat liputan DTT, DTH MYTV adalah kaedah alternatif untuk menerima siaran TV Digital MYTV.

Penafian:

Kawasan titik buta adalah berdasarkan perisian analisis ramalan liputan, hasil sebenar mungkin tidak sama dengan ramalan (tertakluk kepada keadaan sekeliling yang sebenar dan juga faktor geografi).
Titik buta akibat halangan oleh bangunan bertingkat yang tinggi tidak disenaraikan.