Adakah terdapat caj untuk pemasangan dekoder DTT?
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk melakukan pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Walau bagaimanapun, sekiranya memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan MYTV 1300-80-6988 atau Pemasang Berdaftar MYTV.
Terma & Syarat:
Caj pemasangan adalah seperti yang dinyatakan;
- Perkhidmatan pemasangan antena luar akan dikenakan bayaran standard sebanyak RM180.00.
- Caj yang dikenakan adalah termasuk set antena.
- Bagi perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan bayaran minimum RM50.00.
- Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga hanya sah selama tujuh (7) hari. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor secara terus bagi sebarang masalah teknikal dalam tempoh jaminan.
- Risiko penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ditanggung sendiri oleh anda dan MYTV tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin berlaku.
NOTA: Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.