Televisyen terrestrial digital (DTTV atau DTT) ialah teknologi pemancaran siaran televisyen dan radio dengan format digital menggunakan gelombang radio dalam julat frekuensi ultra tinggi (UHF). Ia dipancarkan ke penerima dari stesen pemancar darat atau terrestrial dari tempat tinggi seperti gunung, bukit dan menara komunikasi.