Soalan Lazim

Search

Terma & Syarat

  • Pemasangan: Adakah caj akan dikenakan untuk pemasangan dekoder?

    Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk melakukan pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan dalam set dekoder. Walau bagaimanapun, sekiranya sebarang bantuan diperlukan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

  • Pemasangan: Terma & Syarat

    Caj pemasangan adalah seperti yang dinyatakan;

    • Perkhidmatan pemasangan antena luar dan pemasangan dekoder MYTV akan dikenakan caj sebanyak RM180.00.

    • Caj yang dikenakan adalah termasuk set antena sahaja.

    • Bagi perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan bayaran minimum RM50.00.

    • Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga hanya sah selama tujuh (7) hari. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi terus kontraktor untuk sebarang masalah teknikal dalam tempoh jaminan.

    • Risiko menggunakan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ditanggung oleh anda sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin berlaku.

  • Waranti: Terma & Syarat

    Unit dekoder dijamin oleh MYTV daripada kerosakan bahan serta kelalaian dalam pembuatan untuk tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Pengecualian tempoh waranti selama tiga (3) bulan hendaklah terpakai untuk Unit Kawalan Jauh (“RCU”) (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Produk”).

    Waranti tidak terpakai terhadap apa-apa kerosakan atau kecacatan akibat kemalangan, pembongkaran, penyalahgunaan, atau sebarang pengubahsuaian atau pengubahan yang tidak dibenarkan.

    Waranti ini akan terbatal dan tidak sah sekiranya pada bila-bila masa dalam tempoh waranti, mana-mana bahagian atau bahagian produk dikeluarkan, diubah, diganggu, diselaraskan, diubah suai, dibongkar, dibaiki atau dikendalikan dalam apa cara sekalipun oleh mana-mana orang atau orang yang tidak dibenarkan oleh MYTV.

    Pembeli dikehendaki mengemukakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai dokumen bukti pembelian asal apabila perkhidmatan selepas jualan diperlukan.

    Liabiliti MYTV di bawah waranti ini terhad kepada menggantikan dekoder dan RCU yang rosak sahaja. MYTV tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang kerosakan berbangkit, sampingan atau tidak langsung yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan atau prestasi produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kerugian perniagaan atau kerosakan terhadap harta benda lain disebabkan oleh kerosakan produk.

    Waranti yang diberikan secara nyata di sini adalah waranti tunggal dan eksklusif yang diberikan berkaitan dengan produk dan tiada waranti atau representasi lain, dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan, bertulis, nyata atau tersirat termasuk tanpa had apa-apa waranti tersirat tentang kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sesuatu tujuan tertentu disediakan. Sejauh mana waranti bertulis tidak boleh dikecualikan, waranti tersebut hendaklah terhad kepada terma waranti ini dan untuk tempoh waranti yang dinyatakan di sini.

  • DASAR PRIVASI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

    MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA") dan mengambil berat serta komited terhadap perlindungan maklumat peribadi dan privasi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda dan beroperasi dengan cara yang cekap dan berkesan, kami mungkin perlu mengumpul maklumat peribadi yang relevan daripada anda.

    MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada ahli gabungannya atau pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian kami, MYTV akan mematuhi semua undang-undang, peraturan dan piawaian industri yang diguna pakai.

    Anda dengan ini bersetuju dan menerima bahawa dengan mendaftar dan/atau terus menggunakan produk dan/atau perkhidmatan, anda memberikan kebenaran dan bersetuju data peribadi anda diproses dan apabila diperlukan, didedahkan kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan jika dikehendaki oleh undang-undang atau kelas-kelas pihak ketiga yang dikenal pasti oleh MYTV untuk tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda oleh MYTV.

    Jika anda mempunyai soalan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda oleh MYTV, atau jika anda ingin mengakses dan/atau membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data anda di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan MYTV di 1300-80-6988.

Tidak dapat menemui jawapan anda? Hubungi talian bantuan

Copyright © 2024 MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X). All Rights Reserved. MYTV is A Subsidiary Of Altel Holdings.
[F]