Soalan Lazim

Search

DTH

  • Apakah maksud Terus Ke Rumah MYTV (DTH)?

    Perkhidmatan Terus Ke Rumah MYTV (DTH) ialah kaedah penerimaan siaran TV Digital MYTV melalui isyarat yang diterima daripada satelit penyiaran. Untuk kawasan yang tidak mendapat liputan DTT, DTH MYTV adalah kaedah alternatif untuk menerima siaran TV Digital MYTV.

    Penafian:

    Kawasan titik buta adalah berdasarkan perisian analisis ramalan liputan, hasil sebenar mungkin tidak sama dengan ramalan (tertakluk kepada keadaan sekeliling yang sebenar dan juga faktor geografi).
    Titik buta akibat halangan oleh bangunan bertingkat yang tinggi tidak disenaraikan.

  • Bagaimana saya boleh menyemak liputan di kawasan saya?

    Sila semak liputan transmisi di sini.

  • Bagaimana untuk menentukan alat penerimaan siaran TV digital?

    Pertama, semak liputan anda di siniJika anda berada di kawasan yang tidak mendapat liputan DTT, kawasan anda adalah kawasan liputan DTH. Bagi kawasan DTH, anda memerlukan set dekoder dan piring satelit DTH. Anda boleh membeli dekoder dan piring satelit DTH yang lengkap daripada Pengedar Sah kami.

  • Terma & Syarat (T&C) DTH (Untuk penerima B40): Adakah dekoder percuma boleh dipindah milik?

    Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh menggunakannya di alamat yang berlainan dan dalam kawasan liputan transmisi siaran TV Digital. Walau bagaimanapun, sebagai penerima, anda bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.

  • Terma & Syarat DTH (Untuk penerima B40): Bolehkah saya menukar alamat pemasangan?

    Penerima tidak dibenarkan menukar alamat pemasangan kerana ia didaftarkan dalam sistem. Jika perlu, penerima dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk membuat aturan baharu. MYTV tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa bayaran tambahan yang dikenakan oleh pemasang berdaftar bagi sebarang perubahan yang dibuat oleh penerima.

  • Pengaktifan dekoder DTH

    Pengaktifan akan dilakukan oleh pemasang setelah selesai pemasangan set dekoder (dengan ODU) untuk penerima di alamat berdaftar bagi pemasangan kali pertama. Sekiranya berlaku pertukaran alamat selepas pemasangan pertama, penerima perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan sebelum sebarang kerja dilakukan. Apa-apa kos berkenaan pindaan/pengubahsuaian/pengaktifan berikutnya ke tempat baharu akan ditanggung oleh penerima. MYTV tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada set luar.

Tidak dapat menemui jawapan anda? Hubungi talian bantuan

Copyright © 2024 MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X). All Rights Reserved. MYTV is A Subsidiary Of Altel Holdings.
[F]