Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk melakukan pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Walau bagaimanapun, sekiranya memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan MYTV 1300-80-6988 atau Pemasang Berdaftar MYTV.
Terma & Syarat:
Caj pemasangan adalah seperti yang dinyatakan;
- Outdoor antenna installation service will be charged a standard amount of RM250.00-RM350.00.
- Caj yang dikenakan adalah termasuk set antena.
- For maintenance service, each visit will be charged a minimum of RM80.00-RM120.00.
- Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga hanya sah selama tujuh (7) hari. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor secara terus bagi sebarang masalah teknikal dalam tempoh jaminan.
- Risiko penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ditanggung sendiri oleh anda dan MYTV tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin berlaku.
NOTA: Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.