Proses ini selaras dengan rancangan MCMC untuk menyediakan jalur frekuensi 700 MHz bagi perkhidmatan jalur lebar atau 5G. Ini akan melibatkan perubahan dalam satu atau dua frekuensi berdasarkan menara pemancar.

MYTV akan menjalankan kerja frekuensi restacking pada sistem penyiaran TV digital secara berperingkat sepanjang suku pertama tahun 2020. Ia melibatkan hanya 23 daripada 44 stesen pemancaran dalam penukaran ini. Sila muat turun fail berikut untuk semua maklumat berkaitan dengan stesen yang terlibat. Klik di sini.
Kami mengesyorkan anda membuat penalaan secara automatik pada TV Digital atau dekoder DVB-T2 untuk menerima semua saluran siaran TV Digital MYTV. Anda juga boleh membuat penalaan secara manual dengan merujuk kepada senarai frekuensi di sini. Rujuk pada buku kendalian TV digital atau dekoder DVB-T2 anda untuk keterangan lanjut berkenaan tatacara proses penalaan. Klik di sini .
Ikuti langkah untuk mengimbas semula dekoder DVB-T2 atau IDTV anda di sini. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 untuk maklumat lanjut.
Tidak dapat menemui jawapan anda? Hubungi talian bantuan